Messi, Salah, Lewandowski bersaing di anugerah FIFA - Utusan Malaysia

Messi, Salah, Lewandowski bersaing di anugerah FIFA

LEWANDOWSKI (kiri), Messi dan Salah calon untuk anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS : Robert Lewandowski, Lionel Messi dan Mohamed Salah adalah tiga finalis untuk anugerah Pemain Terbaik Lelaki Fifa.

Bintang Poland, Lewandowski memenangi anugerah tersebut pada tahun lalu namun terpaksa berpuas hati dengan undian di tempat kedua untuk anugerah Ballon d’Or 2021 di belakang Messi yang memenangi anugerah berprestij berkenaan buat kali ketujuh.

Majlis anugerah itu akan berlangsung secara maya dari ibu pejabat FIFA di Zurich pada 17 Januari ini.

Alexia Putellas dan rakan sepasukannya di Barcelona, Jennifer Hermoso serta penyerang Chelsea dari Australia, Sam Kerr pula berentap merebut anugerah Pemain Terbaik Wanita FIFA.

Ketiga-tiga mereka juga bersaing sebelum ini pada anugerah Ballon d’Or yang dimenangi Putellas.

Anugerah untuk pemain terbaik lelaki dan wanita, jurulatih serta penjaga gol itu adalah menerusi undian daripada kapten dan jurulatih kesemua pasukan kebangsaan di seluruh dunia selain undian penyokong dalam talian serta beberapa wartawan terpilih.

Proses undian itu telah berakhir pada 10 Disember lalu.

Manuel Neuer, Gianluigi Donnarumma dan Edouard Mendy adalah calon untuk anugerah penjaga gol terbaik manakala Roberto Mancini, Thomas Tuchel dan Pep Guardiola pula calon untuk jurulatih terbaik lelaki.

Lluis Cortes yang mengetuai pasukan wanita Barcelona meraih gelaran trebel musim lalu akan bersaing dengan jurulatih Chelsea, Emma Hayes dan Sarina Wiegman bekas jurulatih Belanda yang kini membimbing England untuk anugerah jurulatih terbaik wanita. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya