Mekanik maut langgar penghadang jalan - Utusan Malaysia

Mekanik maut langgar penghadang jalan

KEADAAN Perodua Kancil yang rosak teruk di bahagian hadapan akibat melanggar penghadang jalan menyebabkan pemandunya maut dalam kemalangan  jalan raya di Kilometer 18, Jalan Lipis - Benta di Lipis, Pahang. - IHSAN IPD LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang mekanik maut dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Lipis – Benta, dekat sini hari ini selepas Perodua Kancil dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan. 

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, kemalangan pada pukul 2 pagi itu berlaku ketika  mangsa, Sin Chee Fat, 24,  bergerak dari arah Kuala Lipis menghala ke Benta. 

“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai mangsa gagal mengawal keretanya lalu terbabas ke laluan bertentangan sehingga merempuh bucu penghadang jalan menghala ke Kuala Lipis. Siasatan juga mendapati tiada kesan brek di tempat kejadian.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami cedera parah di badan dan dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat selepas ujian Covid-19 dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya