Mayat wanita ditemukan dalam perangkap sampah - Utusan Malaysia

Mayat wanita ditemukan dalam perangkap sampah

MAYAT seorang wanita dipercayai meninggal dunia sejak tujuh hari lalu ditemukan dalam perangkap sampah di kunci air Sungai Kandis di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis menemukan mayat seorang wanita dengan tangan terikat ke belakang dalam timbunan sampah di kunci air Sungai Kandis di sini kira-kira pukul 10.40 pagi kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, mayat berkenaan ditemukan dalam kawasan perangkap sampah, lengkap berpakaian dan dipercayai meninggal dunia kira-kira tujuh hari serta tiada kecederaan fizikal pada bahagian luaran.

“Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan mangsa memakai sebentuk cincin batu berwarna merah di jari manis kiri, memakai baju tanpa lengan berwarna hitam dan seluar getah celoreng warna maroon.

“Si mati pakai baju singlet warna hitam dan tidak berseluar. Seluar si mati disyaki digunakan untuk ikat si mati. Ketinggian mangsa lebih kurang 150 cm, rambut beruban dan bergigi jarang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, penemuan mayat tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kata Baharudin, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kematian ini, boleh salurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Asisten Superitenden Shazrin di talian 03-55202022 bagi membantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya