Masih terlalu jauh Liverpool nak kejar City - Utusan Malaysia

Masih terlalu jauh Liverpool nak kejar City

Jurgen Klopp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON : Jurgen Klopp menyifatkan jurang mata di antara Liverpool dan Manchester City masih terlalu jauh untuk dia bercakap mengenai perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Ketika ditanya mengenai peluang Reds memenangi gelaran liga, Klopp menegaskan dia hanya memikirkan untuk menang dalam setiap perlawanan.

“Tidak (buat masa ini) , jurangnya masih terlalu jauh untuk bercakap mengenai perkara itu tetapi kami tidak perlu melakukannya.

“Kami hanya perlu memenangi setiap perlawanan yang dihadapi. Setiap perlawanan EPL sukar, seperti yang kita dapat lihat hari ini (kelmarin).

“Kami menjadikannya lebih kelihatan menarik daripada apa yang diperlukan!. Kita akan lihat apa yang akan berlaku dalam beberapa bulan terakhir nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Klopp juga meluahkan rasa lega selepas anak buahnya dapat mengharungi aksi Januari yang disifatkan sebagai bulan sukar buat Reds selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace, kelmarin.

PEMAIN Liverpool meraikan kemenangan ke atas Cyrstal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).-AFP

Ketiadaan dua bintang utama mereka Mohamed Salah dan Sadio Mane yang beraksi di Piala Negara Afrika nyata tidak mengganggu rentak permainan Reds di Stadium Selhurst Park apabila membuka jaringan menerusi Virgil van Dijk dan Alex Oxlade-Chamberlain, disusuli sepakan penalti disempurnakan Fabinho.

Ketangkasan dan aksi cemerlang penjaga gol Alisson Becker yang menafikan beberapa percubaan berbahaya tuan rumah juga harus dipuji dalam memastikan kemenangan yang mengurangkan jurang sembilan mata dengan City.

“Jelas sekali berdasarkan sejarah, Januari bulan yang sukar bagi kami. Anda beraksi tanpa tiga pemain di Afrika dan beberapa lagi, jadi kami mempunyai kumpulan kecil tetapi mereka beraksi sangat baik.

“Ia seperti bola sepak Jekyll dan Hyde hari ini. Ia menunjukkan betapa bagusnya kami dan betapa buruk juga!,” kata pengendali dari Jerman itu.

Liverpool memiliki berkelebihan satu perlawanan dalam tangan berbanding City manakala Salah dan Mane akan kembali semula untuk aksi liga seterusnya dalam masa 18 hari lagi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya