'Masih ada mangsa banjir duduk bawah khemah' - Ebit Lew - Utusan Malaysia

‘Masih ada mangsa banjir duduk bawah khemah’ – Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Berat ujian mereka’.

Demikian tulis pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mengenai rasa sedihnya melihat empat buah rumah hanyut dibawa air dalam kejadian banjir di Mentakab, Pahang, baru-baru ini.

Menurutnya, mangsa banjir membina khemah sementara untuk tempat tinggal sejak banjir tempoh hari.

“Kami bantu bina empat buah rumah dan akan bina satu tangki air untuk air bersih untuk kampung. Berat ujian mereka. Tadi tak berhenti mereka ucap terima kasih. Ada yang menangis. Ada yang dah tak boleh menangis. Tak terbayang ada terpaksa duduk dalam khemah dari hari tu. Katanya apa lagi kami mampu ustaz. Terima sahajalah takdir ini.

“Banjir baru ini menenggelamkan rumah mereka. Ada 15 buah keluarga tinggal disini. Sekumpulan anak muda yang baik dari KL (Kuala Lumpur) bantu mereka dari mula banjir di samping masyarakat setempat dan badan yang lain.

“Anak muda ini bina jambatan rosak yang berbahaya untuk dilalui. Mereka menghubungi kami. Sedih tengok jambatan sedang dibetulkan. Lagi sedih tiada air paip. Mereka ada telaga kecil di rumah tapi airnya masam. Dah 15 tahun guna,” tulisnya dalam hantaran di Facebook.

Jelasnya, selepas berbincang, pihaknya akan membina air perigi dan salurkan air untuk kegunaan 15 buah keluarga itu.

“Semuanya penduduk tempatan. Masa banjir satu pasangan ni mendapat cahaya mata. Sempat dibawa ke hospital. Hampir semua rumah tenggelam banjir. Empat buah rumah terus hanyut. Tak tinggal apa-apa. Tadi berbincang terus kita bantu untuk belikan segala keperluan untuk bina rumah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya