JOHOR BAHRU: Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) dinaik taraf sebagai Kolej Universiti Islam Johor, awal tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, kerajaan perlu lebih komited meningkatkan mutu dan sistem pendidikan Islam di Johor khususnya peringkat pengajian tinggi kerana ia adalah teras penting dalam pembangunan dan kemajuan pendidikan Islam.
Katanya, hasrat penubuhan Marsah adalah seiring dengan manifestasi kerajaan negeri untuk melahirkan golongan graduan yang bertauliah.
-
Menyorok lima jam di mahkamah elak dirakam
-
Ini baru aktor hebat, tak perlu juta-juta pengikut – Ogy Ahmad Daud
-
Lelaki diculik ditemukan mati dibunuh, mayat ditanam dibungkus kanvas
“Usaha menaik taraf Marsah sebagai kolej universiti adalah langkah yang terbaik dan menjadi penghubung kemajuan pendidikan serta hubungan sosial antara negara-negara di Asia Tenggara dan Asia Barat. Saya percaya, kemajuan pendidikan dan penyediaan institusi ini dapat melahirkan Da’i, Ulama dan Umara demi pembangunan ummah,” katanya ketika berucap pada Majlis Istiadat Konvokesyen Marsah kali Ke-20 di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, di sini hari ini.
Seramai 835 graduan menamatkan pengajian masing-masing dalam pelbagai bidang dan pengkhususan.
Tambah Hasni, Marsah perlu mengorak langkah komprehensif serta diberikan peluang untuk mengambil bahagian sebagai perintis kepada sebuah institusi pendidikan tinggi bagi melahirkan bakat dan kemahiran digital. – UTUSAN ONLINE