Mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 2,026 daripada 631 keluarga - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 2,026 daripada 631 keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di enam buah daerah di negeri ini setakat pukul 4 petang hini menunjukkan peningkatan kepada 2,026 orang berbanding 1,964 pukul 2 petang.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, daripada jumlah itu, 631 buah keluarga masih berada di 40 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini.

“Pekan mencatatkan daerah tertinggi iaitu 739 orang daripada 255 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS diikuti Temerloh seramai 711 orang daripada 224 buah keluarga di tujuh PPS.

“Di Raub jumlah mangsa masih sama iaitu 200 orang daripada 55 buah keluarga di 10 PPS; Lipis 192 mangsa daripada 50 keluarga di tiga PPS, manakala Bentong mangsa banjir berkurangan kepada 92 orang daripada 23 keluarga di satu PPS. 

“Di Maran terdapat peningkatan 73 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di lima PPS, manakala di Bera dibuka semula satu PPS menempatkan 11 mangsa daripada tiga keluarga dan Rompin mula terjejas apabila dua PPS dibuka melibatkan sembilan mangsa dari tiga keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Che Adam berkata, sebanyak lapan laluan masih ditutup membabitkan beberapa daerah iaitu Bentong, Jerantut, Kuantan, Lipis, Maran dan Temerloh. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya