MAIPs terus perkasa tahap daya saing - Utusan Malaysia

MAIPs terus perkasa tahap daya saing

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM11,600 kepada 29 asnaf dalam kalangan anak kariah Masjid Muhammadiah, Guar Gajah, Arau, Perlis, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) gigih berusaha memperkasa lagi tahap daya saing majlis tersebut di segenap peringkat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara perkara perlu dilaksanakan adalah dengan memperkasa latihan kepada kakitangan iaitu pekhidmat majlis dalam bentuk latihan ilmu dan lain-lain.

“Pada masa sama perlu mementingkan aspek kepantasan bertindak dan membuat keputusan terus diterapkan di dalam organisasi. Sifat responsif dan peka ini perlu disemai dalam diri setiap individu. 

“MAIPs  terus berusaha mewujudkan sebuah persekitaran kerja yang kondusif bagi memastikan keselesaan, ketenangan dan tahap kecekapan dalam penghasilan kerja, di samping menggalakkan budaya saing yang sihat dalam kalangan kakitangannya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM11,600 kepada 29 asnaf dalam kalangan anak kariah Masjid Muhammadiah, Guar Gajah di sini, semalam.

Majlis tersebut juga bersempena Program Hijrah Minda MAIPs bilangan ke-2 tahun 2022.

Setiap asnaf masing-masing menerima RM400 yang diagihkan oleh amil kariah masjid berkenaan, Sidek Sulaiman.

Mengiringi baginda, Ketua Pegawai Eksekutif  MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi.

Terdahulu, baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs turut berkenan singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan MAIPs kepada Rosidan Abdullah,59, di kawasan tersebut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya