Maaf jemaah umrah - KJ - Utusan Malaysia

Maaf jemaah umrah – KJ

KERATAN laporan Utusan Online hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  “Minta maaf kepada mereka yang nak pergi umrah. Tetapi mudarat lebih besar adalah kesihatan awam dalam hal ini,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini. 

Beliau menegaskan, bukan hasrat Kementerian Kesihatan dan kerajaan menyekat perjalanan rakyat yang mana tindakan diambil adalah berdasarkan data serta maklumat kes positif Covid-19 yang diperoleh.

“Kita sudah bersetuju hidup dengan Covid-19, tetapi bila maklumat dan data diterima sangat-sangat membimbangkan dan peningkatan sangat mendadak, kita tidak ada pilihan iaitu sekat sedikit. Ia (umrah) tak batal tetapi tangguh sahaja. 

“Justeru, kita sedang berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji iaitu bagaimana mereka yang terkesan ini dapat menjadualkan semula umrah mereka atau adakah (kos) bayar balik dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, tiada mana-mana menteri Kabinet yang beragama Islam mahu menangguhkan perjalanan ibadah umrah kepada umat Islam di negara ini.“Tetapi ini perkara serius, bukan tweet di media sosial atau video di TikTok tetapi ini adalah soal kehidupan anda,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, tidak timbul soal jemaah umrah sahaja dikenakan pemakaian peranti digital sewaktu kuarantin kerana pengembara dari negara berisiko yang lain juga perlu memakai peranti tersebut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya