LZS buka permohonan bantuan banjir fasa kedua - Utusan Malaysia

LZS buka permohonan bantuan banjir fasa kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka permohonan fasa kedua Bantuan LZS Peduli untuk mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

Institusi baitulmal itu dalam satu kenyataan memaklumkan, permohonan bantuan tersebut dibuka bermula 1 Januari hingga 31 Januari tahun ini.

“Bagi melancarkan proses permohonan fasa kedua ini, para pemohon yang budiman diingatkan tidak memuat naik gambar atau dokumen yang tidak berkaitan. Kami memohon kerjasama semua agar klik butang ‘Sahkan Permohonan’ setelah selesai melengkapkan butiran dan dokumen lampiran,” katanya.

Terdahulu Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima lebih 30,000 permohonan daripada mangsa banjir sehingga minggu lalu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan M. Yusop berkata, daripada jumlah tersebut, hanya 14,5000 permohonan yang diluluskan bagi mendapatkan bantuan segera RM600 daripada pihaknya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya