Lonjakan 67 kes sehari punca PKPD di KVTAA Bentong

Lonjakan 67 kes sehari punca PKPD di KVTAA Bentong

PENINGKATAN drastik kes Covid-19 dalam kalangan pelajar yang membentuk kluster pendidikan menyebabkan KVTAA dikenakan PKPD. – FOTO/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lonjakan kes dalam sehari direkodkan kelmarin menyebabkan sebuah lagi kolej vokasional di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad, kali ini pula Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan (KVTAA) di Bentong mulai tengah malam tadi.

Ini menjadikan ia institusi vokasional yang kedua di negeri itu diwartakan PKPD dalam masa seminggu selepas Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah (KVSAS) di Rompin, Selasa lalu.

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, penularan wabak Covid-19 di dua kolej itu disebabkan jangkitan dalam kalangan pelajar yang membentuk kluster pendidikan.

Bezanya, Kluster Simpang Sepayang melibatkan KVSAS yang diumumkan Kementerian Kesihatan pada 21 Januari lalu namun ketika ini agak terkawal dan hanya merekodkan 81 kes.

Sebaliknya, senario Kluster KM6 Jalan Kuala Lumpur-Bentong yang membabitkan KVTAA pula agak membimbangkan dengan jumlah kumulatif semalam sudah pun mencecah 127 kes.

Ini termasuk sebanyak 67 kes direkodkan kelmarin sahaja, angka peningkatan terbesar sejak kluster itu diumumkan pihak kementerian berkenaan secara rasmi pada 26 Januari lepas.

Pandemik di KVTAA mula dilaporkan pada 25 Januari lepas dengan 56 kes positif pertama dan angka itu terus bertambah setiap hari malah semalam mencatatkan enam kes baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya