PADA 29 Januari 1973, Utusan Malaysia melaporkan Keris Taming Sari milik Laksamana Hang Tuah berada dalam simpanan Paduka Seri Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Ia diumumkan sendiri oleh Paduka Seri Sultan Perak pada upacara penyampaian bengkong-bengkong dan hadiah-hadiah kemenangan kepada ahli-ahli silat gayung di Dewan Bandaran Ipoh.
Baginda bertitah, keris itu telah menjadi simpanan sultan-sultan Perak sejak bermulanya pemerintahan beraja di Negeri Perak pada tahun 1528.
Antara peristiwa lain yang menarik.
* 29 Januari 1969 – Menteri Besar, Dato’ Syed Ahmad Shahabuddin mengumumkan kawasan seluas 500 ekar di tanah simpanan
Bukit Belantik, Sik akan dijadikan rancangan tanah belia pertama di Kedah.
* 29 Januari 1971 – Hanya 150 ekar dari 700 ekar sawah di Kahang, Kluang, Johor dapat diusahakan pada tahun ini kerana
masalah tali air.
* 29 Januari 1972 – Menteri Besar, Dato’ Harun Idris merasmikan penubuhan Majlis Sukan Negeri Selangor.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]