Lima kenderaan rosak akibat tanah mendap - Utusan Malaysia

Lima kenderaan rosak akibat tanah mendap

KEADAAN kenderaan yang rosak akibat tanah mendap di Seri Kembangan, Selangor petang tadi.- IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima kenderaan rosak akibat kejadian tanah mendap yang dilaporkan berlaku di Lestari Perdana, Seri Kembangan di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 6.38 petang tadi sebelum pasukannya bergegas ke lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

“Berdasarkan laporan awal, berlaku tanah mendap di kawasan berhampiran longkang mengakibatkan lima kenderaan rosak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak bomba sedang menjalankan pemantauan di lokasi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya