Lima jalan utama Bangsar dilencongkan

Lima jalan utama Bangsar dilencongkan

Jalan menghala ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar ditutup bermula di hadapan Dataran Maybank dekat sini, setakat pukul 8.30 pagi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima jalan utama di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Brickfields akan dilencongkan susulan penganjuran perhimpunan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar hari ini.

Senarai jalan yang terlibat adalah Jalan Bangsar, Susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers menuju ke Jalan Bangsar, Jalan Rakyat menuju ke Jalan Bangsar dan Jalan Maarof menuju ke Jalan Bangsar.

Ketua Polisnya, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, lengcongan ini akan bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga selesai.

Kata beliau, selain daripada lencongan jalan, pengoperasian Stesen Transit Aliran Massa (MRT), LRT dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) akan dihemtikan sementara bagi beberapa stesen utama di sekitar Kuala Lumpur seperti diumumkan dalam siaran media semalam.

“Kita menerima maklumat mutakhir pukul 11 malam tadi berkenaan hantaran yang telah tular di media sosial bahawa terdapat beberapa individu dan pihak yang akan menganjurkan perhimpunan di LRT Bangsar.

“Perhimpunan ini jelas melanggar undang-undang yang berkuat kuasa iaitu Peraturan 9 (Larangan Berarak) dan Peraturan 10 (Kawalan Berhimpun), Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Pihak Polis tidak menerima sebarang pemberitahuan perhimpunan dari mana-mana individu ataupun pihak seperti yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 dimana pihak penganjur perlu memaklumkan kepada Pihak Polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih di bawah Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara pada 18 Oktober 2021.

Amihizam juga turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, pihak polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan dan akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang Malaysia yang masih berkuat kuasa,” tegasnya.

Terdahulu, penganjur perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap yang dijadual berlangsung pagi ini menukar lokasi perhimpunan ke kawasan Bangsar, di sini.

Ia dipercayai perintah larangan dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini melarang perhimpunan sekitar Kompleks Sogo, Masjid Jamek dan Dataran Merdeka, selama tujuh hari bermula semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya