Letupan bot pam di Semporna kekal misteri - Utusan Malaysia

Letupan bot pam di Semporna kekal misteri

ANGGOTA keselamatan menjalankan operasi SAR mengesan mangsa bot meletup di perairan Pulau Tatagan, Semporna hari ini. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: Letupan bom pam yang berlaku di perairan Pulau Tatagan semalam masih kekal misteri kerana belum ada mangsa mahupun bangkai bot ditemukan.

Kejadian letupan itu bagaimanapun didengari oleh seorang nelayan tempatan yang sedang memukat pada jarak kira-kira 200 meter dari lokasi letupan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 6.08 petang semalam dan pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada pukul 11.38 pagi tadi yang dibuat oleh pegawai pemuliharaan marin, Tabung Alam Sedunia (WWF).

Pegawai tempatan berusia 33 tahun itu memaklumkan dia menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp daripada rakan sekerjanya kira-kira 9.20 pagi tadi mengenai kejadian letupan sebuah bot pam semalam.

Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) bersama Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat (Bomba Atas Air) serta Taman Taman Sabah bergerak ke lokasi kejadian untuk mengesahkan kejadian tersebut.

“Hasil temu bual ke atas saksi, dia mengatakan ternampak kejadian letupan serta terdengar bunyi letupan kira-kira 200 meter dari lokasinya memukat ikan semalam.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira 8.58 batu nautika daripada Pekan Semporna.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) juga telah dijalankan di kawasan seluas radius 2 batu nautika dari lokasi kejadian. Namun, sehingga kini pasukan operasi belum menjumpai sebarang bot yang meletup mahupun mangsa yang menaiki bot tersebut.

“Usaha SAR kini sedang giat dijalankan oleh lima agensi terlibat bersama nelayan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Farhan berkata, pihaknya menasihatkan mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga tampil ke IPD atau balai polis berhampiran untuk melaporkan kehilangan. Saksi yang berada berhampiran lokasi kejadian juga diharap tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

Sebarang maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Muhammad Nur Faez Hazreeq Abdullah di talian 0198139851 atau 089782020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya