Letak syarat beli minyak boleh kena tindakan - Utusan Malaysia

Letak syarat beli minyak boleh kena tindakan

KERATAN akhbar Utusan Malaysia semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mana-mana peniaga atau pengilang boleh diambil tindakan jika didapati bersalah meletakkan syarat ‘pelik’ dalam sebarang pembelian minyak masak peket seperti yang dilaporkan berlaku di Kelantan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan sebegitu, malah syarat ditetapkan pengilang dalam membekalkan minyak masak peket kepada peniaga tidak sepatutnya berlaku.

“Kita akan siasat. Kementerian tak pernah buat syarat begitu, syarat kami hanya pembelian peket minyak masak tidak boleh lebih daripada tiga peket dalam satu masa, itu yang kita nasihatkan.

“Kita siasat dulu siapa (peniaga atau pengilang yang bersalah). Kita ada undang-undang untuk kita ambil tindakan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, semalam.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, wujud syarat pelik dengan mewajibkan pembelian sekilogram gula sebelum dibenarkan membeli sepeket minyak masak yang didakwa berleluasa di Tumpat sejak sebulan lalu dan turut dikesan di Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tanah Merah di Kelantan.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Siti Nor menjelaskan, syarat tersebut bukan dibuat sesuka hati, sebaliknya ditetapkan pengilang sebelum membekalkan minyak masak peket kepada pemborong dan peruncit.

Alexander menasihatkan mana-mana pengguna supaya membuat aduan sekiranya mendapati perkara tersebut membebankan mereka.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, penetapan syarat tersebut adalah sesuatu yang tidak adil terutama dalam pasaran bebas.

Katanya, pengguna bebas membeli barang berdasarkan keperluan kemampuan mereka dan bukannya yang ditetapkan oleh mana-mana pihak.

“Kita tak mahu kerana (syarat pelik itu), pengguna kena beli, tetapi sedangkan kemampuan mereka tak mampu beli seperti mana yang ditetapkan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya