Lelaki OKU ditahan curi pakaian dalam pelajar universiti - Utusan Malaysia

Lelaki OKU ditahan curi pakaian dalam pelajar universiti

LELAKI orang kurang upaya (OKU) pendengaran direman empat hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Polis menahan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran selepas disyaki mencuri pakaian dalam pelajar sebuah universiti awam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan di blok kediaman pelajar perempuan pada pukul 7 malam.

Katanya, perbuatan suspek disedari penghuni asrama yang curiga melihatnya berlegar-legar di luar asrama sebelum memaklumkan kepada polis

“Sepasukan polis segera ke lokasi dan menahan suspek yang masih berada di kawasan kolej kediaman itu.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan kini direman empat hari hingga Jumaat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Abdul Rahim, hasil ujian saringan air kencing suspek adalah negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 serta Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan menceroboh.

Terdahulu tular video berdurasi lapan saat yang memaparkan suspek berlegar-legar di kawasan ampaian di kediaman pelajar perempuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya