Lelaki Myanmar lemas ketika menjala ikan - Utusan Malaysia

Lelaki Myanmar lemas ketika menjala ikan

ANGGOTA bomba membawa naik lelaki yang ditemukan lemas di sungai dekat Kampung Tawas, Ipoh, Perak, hari ini. - IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki warga Myanmar yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan bersama rakannya di kawasan sungai dekat Kampung Tawas di sini semalam, ditemukan lemas hari ini.

Mangsa ditemukan pada pukul 10.20 pagi oleh pasukan bomba kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd. Azman Husin berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.01 tengah malam.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat di permukaan air sekitar sungai tersebut segera dijalankan oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

“Dalam operasi itu, kita juga menggunakan dron bagi membuat pemantauan dari udara dalam usaha mengesan kedudukan mangsa yang dilaporkan hilang.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan terapung pada jarak dua kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat. Mayat mangsa dibawa naik ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya