Lelaki maut MPV langgar tiang lampu - Utusan Malaysia

Lelaki maut MPV langgar tiang lampu

KEADAAN MPV yang remuk akibat terbabas dan melanggar tiang lampu berhampiran Masjid Jamek Pasir Pelangi di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang lampu berhampiran Masjid Jamek Pasir Pelangi, di sini hari ini. 

Dalam kejadian pada pukul 8.44 pagi itu, pelanggaran yang kuat itu menyebabkan mangsa, Chew Jeng Wei, 22, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu MPV itu hilang kawalan di lokasi kejadian. 

“Semasa kejadian, mangsa yang memandu seorang diri dari arah pusat bandar menghala ke Bakar Batu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas melanggar tembok batu pembahagi jalan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub memberitahu, polis meminta orang awam yang melihat kejadian untuk tampil membuat laporan bagi membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Nurul Hafiza Othman di talian 014-8068350.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan menyebabkan kematian.

Dalam pada itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Lasidin Nariano berkata, dua buah jentera dengan kekuatan 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian susulan panggilan kecemasan diterima.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan itu mendapati mangsa seorang diri dan tersepit di dalam kereta tersebut. PKO bertindak menggunakan peralatan penyelamat  bagi mengeluarkan mangsa. 

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan dan menyerahkan kepada pihak Polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Setelah memastikan keadaan selamat di lokasi, Lasidin memberitahu pasukan bomba berkenaan bertolak balik ke balai dan operasi ditamatkan pada pukul 9.52 pagi.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya