Lelaki mabuk rempuh masuk pangsapuri didiami Taylor Swift - Utusan Malaysia

Lelaki mabuk rempuh masuk pangsapuri didiami Taylor Swift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Polis menahan seorang lelaki yang merempuh masuk ke dalam sebuah pangsapuri didiami bintang antarabangsa, Taylor Swift.

Lapor Abc News, pelaku, Morgan Mank merempuh masuk ke dalam pangsapuri yang terletak di Franklin Street sekitar kejiranan Tribeca itu dengan menggunakan kereta yang dipandunya sekitar pukul 3 pagi waktu tempatan.

Lelaki berusia 31 tahun itu juga didapati mabuk ketika melakukan kesalahan tersebut.

Cubaan Mank untuk menyelinap masuk bagaimanapun berjaya digagalkan pihak polis.

Dia dibawa ke hospital sejurus ditangkap dan akan didakwa kerana memandu dalam keadaan berbahaya.

Swift memiliki beberapa buah kediaman dan sebuah rumah bandar di pangsapuri berkenaan.

Penyanyi tersebut sehingga kini belum memberi sebarang maklum balas berhubung kejadian itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya