Lelaki didakwa terima deposit pelaburan tanpa lesen RM449,700  - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa terima deposit pelaburan tanpa lesen RM449,700 

B.V Jagdeep Singh hadir di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan menerima deposit tanpa lese tiga tahun lalu. - UTUSAN/ MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari atas pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sebagai suatu pelaburan keseluruhan RM449,700, tiga tahun lalu.

Tertuduh, B. V. Jagdeep Singh, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Diana Md. Razali.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa bersetuju menerima deposit daripada seorang lelaki menerusi enam transaksi bank berjumlah antara RM25,200 hingga RM235,000, sebagai suatu pelaburan yang mana tertuduh tidak mempunyai lesen bagi tujuan terbabit.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Bandar Nilai di sini antara 25 Jun hingga 17 Ogos 2019.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137(2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Christopher Enteri Anak Mawan menawarkan jaminan sebanyak RM50,000 serta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Peguam, Harjinder Singh Sandhu kemudian memohon jaminan minimum dikenakan ke atas anak guamnya atas alasan tertuduh tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menanggung isteri serta tiga orang yang masih kecil.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kesemua pertuduhan dan kes akan disebut semula 14 Februari depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya