Lee Zii Jia mahu tinggalkan BAM - Utusan Malaysia

Lee Zii Jia mahu tinggalkan BAM

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria mengesahkan, perseorangan utama negara, Lee Zii Jia telah menghantar surat pada 11 Januari lalu untuk meninggalkan skuad kebangsaan.

Katanya, pemain berusia 23 tahun itu hadir ke pejabat BAM bersama kakaknya untuk menghantar surat tersebut.

“Benar, kita telah terima surat peletakan jawatan Lee Zii Jia dan dia telah hadir bersama kakaknya. Kita cuba memujuknya agar kekal bersama BAM, memandangkan kita telah didik dia sejak usianya 13 tahun.

“Selepas kita latih dan bentuk dia sehingga ke peringkat ini, kita terpaksa berdepan hakikat bakal kehilangan Zii Jia,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Negara ke temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing China yang disaksikan oleh Duta China ke Malaysia, Ouyang YuJing di sini, hari ini.

Menurut Norza, Zii Jia memberikan alasan yang dia tidak lagi mampu untuk bersama skuad kebangsaan kerana gagal melihat dirinya sebagai pengganti kepada bekas pemain No. 1 dunia negara, Datuk Lee Chong Wei.

Jelasnya lagi, Zii Jia juga mengakui dia tidak sehebat Chong Wei dan tidak mampu menggalas tekanan tinggi yang diletakkan dibahunya bagi mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh legenda badminton Malaysia itu.

“Beliau hendak capai dengan cara beliau sendiri tanpa sebarang kekangan. Kita hormat semua keputusannya, tetapi sebagai sebuah institusi sukan kita juga ada syarat kita sendiri.

“Kita sedia dengar masalah Zii Jia kerana beliau adalah aset kita dan kita tidak mahu masa depannya dipersia-siakan,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya