Lebih 11 juta individu terima dos penggalak

Lebih 11 juta individu terima dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 174,359 individu dewasa di negara ini menerima dos penggalak Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan bagi pemberian dos penggalak meningkat kepada 11,710,970 individu.

Menurut data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, seramai 25,710,411 individu dari populasi keseluruhan negara ini lengkap menerima suntikan vaksinasi, manakala seramai 26,067,564 menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan. 

Perkembangan itu menyaksikan, sebanyak populasi dewasa yang lengkap menerima suntikan vaksinasi adalah 97.9 peratus manakala 99.1 peratus pula lengkap menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksinasi. 

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, 88.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya