Lapan pemain muda Perak kena cari pasukan baharu - Utusan Malaysia

Lapan pemain muda Perak kena cari pasukan baharu

BARISAN pemain Perak FC yang bakal mengharungi Liga Perdana musim 2022, masih menjadi tanda tanya buat peminat Bos Gaurus. - Foto ihsan Perak FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketika hanya berbaki tidak sampai dua bulan sepak mula Liga Perdana bakal bermula namun nasib malang menimpa lapan pemain muda Perak FC yang diminta mencari pasukan baharu.

Kesemua mereka masih memiliki kontrak dengan kelab itu namun tindakan itu dikenakan terhadap mereka kerana tidak memenuhi kehendak dan piawaian pasukan.

Menurut sumber, pemain terbabit diarahkan oleh ketua jurulatih, Yusri Che Lah supaya mencari pasukan baharu selepas mengendalikan pasukan selama tiga minggu.

Sumber itu berkata dia dimaklumkan bahawa lapan pemain terbabit dengan arahan itu tetapi tidak mendedahkan identiti mereka.

Walaupun mengakui ia hak pasukan tetapi sumber itu kecewa kerana ia dilakukan di saat akhir.

“Saya bersimpati dengan nasib pemain-pemain itu. Pada peringkat ini di mana mereka hendak mencari pasukan baharu kerana semua pasukan sudah melengkapkan pencarian pemain mereka.

“Ke mana mereka hendak pergi. Mungkin kena tamatkan kerjaya bola sepak, ” kata sumber berkenaan.

Dalam pada itu, sehingga kini Perak antara pasukan yang mengambil sikap berdiam diri mengenai persiapan pasukan mereka bagi mengharungi Liga Perdana musim 2020 sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat setia Bos Gaurus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya