Laluan Tapah-Gopeng PLUS sesak akibat kemalangan treler

Laluan Tapah-Gopeng PLUS sesak akibat kemalangan treler

KEADAAN kesesakan trafik di laluan Tapah ke Gopeng Lebuh Raya Utara Selatan akibat kemalangan treler hari ini. - FOTO/LLM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Aliran trafik dari Bidor ke Tapah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mengalami kesesakan teruk berikutan kemalangan melibatkan sebuah treler cerucuk konkrit  di Kilometer 302.4 laluan Tapah-Gopeng arah utara hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan trafik sesak sepanjang 40 kilometer arah utara dari Bidor hingga ke Gopeng.

Manakala kesesakan trafik juga berlaku sepanjang 11 kilometer arah selatan dari Simpang Pulai ke Tapah disebabkan kemalangan treler tersebut.

Sehubungan itu, pengguna lebuhraya PLUS dinasihatkan berhati-hati dan memandu dengan cermat apabila melalui kawasan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya