Laluan dinaiki air, suami isteri tidur dalam kereta - Utusan Malaysia

Laluan dinaiki air, suami isteri tidur dalam kereta

IZUWAN M. Yusuf menunjukkan laluan ke rumah ibunya di Kampung Tengah, Gemencheh, Tampin yang tidak boleh dilalui selepas dinaiki air sejak awal pagi tadi. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Sepasang suami isteri terpaksa tidur di dalam kereta selepas laluan ke rumah ibu mereka di Kampung Gemencheh Dalam, di sini, dinaiki air serta tidak boleh dilalui sebarang kenderaan.

Pasangan berkenaan terkandas selama lapan jam dan masih menunggu air surut untuk ke lokasi dituju.

Mangsa, Izuwan M Yusuf, 33, berkata, dia dari Ayer Keroh, Melaka mahu pulang ke kampung sempena cuti tahun baharu.

Ujarnya, dia tidak menyangka air sudah melimpah sehingga menenggelamkan laluan jambatan yang menghubungkan ke rumah ibunya, Sakinah Sulaiman, 73, pada pukul 1 pagi ini.

“Saya dan isteri membuat keputusan tidur di dalam kenderaan sementara menanti air surut. Sehingga pagi ini, air sudah semakin surut, namun arus masih deras dan atas faktor keselamatan kami masih tidak melaluinya.

“Ikutkan ada dua jalan untuk masuk ke perkampungan ini, namun kedua-duanya sudah dinaiki air serta tidak selamat untuk dilalui. Sebelum ini tidak pernah air melimpah sehingga melebihi jambatan, namun kejadian kali ini agak buruk dan mengejutkan,” katanya ketika di temui di Kampung Tengah, di sini, hari ini.

Menurutnya, dia berasa bimbang dengan keadaan ibunya, namun lega kerana kebanyakan adik-beradiknya turut menetap di perkampungan tersebut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya