Laluan di KM77– KM78 arah timur Lebuhraya KL-Karak dibuka kepada pengguna

Laluan di KM77– KM78 arah timur Lebuhraya KL-Karak dibuka kepada pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)  memaklumkan bahawa kerja-kerja pembersihan dan pembaikan di sepanjang lalun di Kilometer (KM) 77 hingga KM78 arah timur Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak telah siap dan kembali dibuka kepada pengguna lebuhraya sejak pukul 3 pagi semalam.

Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi.dalam kenyataan memberitahu, pengguna lebuh raya yang ingin ke Pekan Karak tidak perlu membuat pusingan ‘U’ sebelum Plaza Tol Karak dan boleh meneruskan perjalanan seperti biasa untuk sampai ke destinasi masing-masing.

Bagaimanapun pengguna yang menghala ke Kuala Lumpur dari Karak masih perlu melakukan pusingan ‘U’ di Plaza Tol Karak.

“Pada masa ini, lorong kiri dan kanan menghala ke Kuala Lumpur dari KM66 hingga KM70 sudah dibuka sepenuhnya. Namun, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda arah keselamatan apabila menghampiri lorong kontra bermula dari Sungai Dua, di KM74.8 hingga KM77.3, untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua,” katanya.

ANIH Berhad ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa syarikat sentiasa dalam keadaan bersedia dan komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya kekal sebagai keutamaan.

Untuk maklumat lebih lanjut, tepat dan terkini, sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT – Line di 09 5479111/1-700-818-700. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya