Kuster pendidikan, Kluster Dah Jenan terbaharu di Kedah - Utusan Malaysia

Kuster pendidikan, Kluster Dah Jenan terbaharu di Kedah

OTHMAN WARIJO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Satu lagi kluster institusi pendidikan direkodkan di negeri ini hari ini, iaitu Kluster Dah Jenan melibatkan  Sekolah Menengah (SM) Sultan Abdul Halim di Jitra dekat sini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, kluster tersebut melibatkan seramai 33 kes positif Covid-19.

“Sekolah itu adalah sekolah berasrama penuh, jadi tindakan seterusnya sedang diteliti bersama pihak sekolah dan jabatan pendidikan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjangkakan terdapat penambahan kes positif di sekolah itu, namun tindakan lanjut sedang dilakukan untuk mengelakkan penularan.

“Untuk rekod sehingga hari ini, 14 kluster pendidikan di negeri ini telah dicatatkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN