Kursus TVET disemak semula, ditambah baik - Utusan Malaysia

Kursus TVET disemak semula, ditambah baik

MAHDZIR Khalid (dua dari kanan) menyampaikan baucar sumbangan pakaian dan peralatan persekolahan 2022 Parlimen Padang Terap kepada ketua-ketua cawangan UMNO  di Kuala Nerang, Padang Terap hari ini.  - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (PKLB) disemak semula dan ditambah baik untuk meningkatkan kebolehpasaran graduannya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kadar kebolehpasaran graduan TVET yang berada antara 87 dan 88 peratus itu perlu dipertingkat untuk berdepan dengan kehendak pasaran.

“Di banyak negara berusaha memperkukuh TVET ini supaya graduannya betul-betul padan dengan industri. TVET ada banyak bidang, contoh dalam sijil, diploma dan ijazah. Ini semua kena padan dengan industri. Contoh gas dan minyak di UniKL (Universiti Kuala Lumpur), adakah kursus ini sesuai dengan industri kita. Tentang automotif yang ada dalam industri itu jenis mekanik macam mana yang diperlukan dalam industri.

“Kereta sekarang sudah pergi ke hybrid dan akan datang nanti pergi ke EV (kenderaan elektrik). Mekanik ini pun perlu susun agar sesuai dengan industri,” katanya selepas majlis penyerahan baucar sumbangan pakaian dan peralatan persekolahan 2022 Parlimen Padang Terap di sini hari ini. 

Tambahnya, isu pertindihan program dan kursus TVET dalam institusi pendidikan TVET kementerian itu seperti  Giatmara, German Malaysia Institute (GMI), UniKL, Kolej Profesional Mara, Kolej Yayasan Pelajaran Mara, Institut Kemahiran Mara (IKM) dan sebagainya juga perlu dikenal pasti untuk membentuk graduan TVET yang berdaya saing. 

“Selepas kursus dapat kerja ke tidak? Kita tak mahu pelajar lepas pegang diploma dia kena cari apa yang dia boleh kerja. Kalau TVET yang padan dengan industri dia boleh dapat kerja. Kita berapa pada  87 dan 88 peratus kebolehpasaran graduan namun kita nak tingkatkan lagi itu. Dalam fesyen, automotif,  kursus vokasional yang banyak sekarang yang penting mereka dapat pekerjaan dan pendapatan,” katanya.

Untuk tujuan itu, kata beliau, kementerian dan semua agensi di bawahnya akan mengadakan perbincangan lanjut untuk mencari kaedah yang bersesuaian. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya