Kursus latihan keselamatan khas untuk pengawal keselamatan - Utusan Malaysia

Kursus latihan keselamatan khas untuk pengawal keselamatan

AZMI Osman (kiri) memberi penerangan mengenai penggunaan gegelung hos kepada petugas media pada Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2022 di sebuah pasar raya di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri akan mengadakan kursus latihan penyelamatan khas untuk pengawal keselamatan tahun ini yang mana kaedah latihan disesuaikan untuk mereka.

Pengarahnya,  Azmi Osman berkata, kursus itu penting sebagai persediaan jika berlaku hal kecemasan kerana pengawal keselamatan berada di tempat kejadian.

“Jika berlaku kejadian kecemasan, pengawal keselamatan tahu  apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran atau kes melibatkan kecederaan di premis mereka bertugas,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan keselamatan  di sebuah pasar raya di Falim di sini hari ini. 

Menurut Azmi, pengawal keselamatan perlu peka kepada keselamatan pengunjung kerana mereka ditugaskan untuk menjaga keselamatan di tempat mereka bekerja. 

Mengenai kuil dalam gua di Lembah Kinta yang telah diberikan notis pengusiran atas faktor keselamatan, Azmi berkata, berdasarkan pemeriksaan, kebanyakan  kuil dalam  gua dilengkapi dengan pelan keselamatan.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya