Kuarantin pengembara dipendekkan  - Utusan Malaysia

Kuarantin pengembara dipendekkan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tempoh kuarantin bagi rakyat Malaysia dan pemegang pas jangka panjang yang memasuki negara ini dikurangkan kepada lima hingga 10 hari.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pelaksanaan tersebut bergantung kepada status vaksinasi individu terbabit dan dikuat kuasa bermula 24 Januari ini.

Katanya, bagi mereka yang sudah menerima dos penggalak, tempoh kuarantin adalah lima hari, manakala tujuh hari bagi mereka yang lengkap divaksin, tetapi belum menerima dos penggalak.

“Pengembara juga tidak perlu lagi dipakaikan gelang pengawasan biasa (merah jambu).

“Hanya pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi dan dibenarkan menjalani perintah kuarantin di kediaman sahaja  masih akan dipakaikan gelang pengawasan digital,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya