KPT-UiTM gerak aset perubatan bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

KPT-UiTM gerak aset perubatan bantu mangsa banjir

PETUGAS kesihatan UiTM merawat seorang mangsa banjir di Kampung Nelayan Telok Gong Klang baru-baru ini menerusi program Bencana Banjir KPT-UiTM 2021 di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui Fakulti Perubatan menggerakkan asetnya bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membantu mangsa banjir dengan memberikan pemeriksaan dan perawatan kesihatan.

Inisiatif itu diambil dengan menyediakan khidmat klinik bergerak menggunakan bas UiTM Emergency Mobile Rescue (UEMR) dan khidmat pakar perubatan kepada orang ramai ke Kampung Nelayan, Telok Gong di Pelabuhan Klang. UEMR tersebut juga dilengkapi dengan peralatan perubatan canggih dan terkini seperti Automated External Defibrillator (AED), mesin sedutan, nebulizer, monitor pengangkutan kecemasan dan ubat- ubatan kecemasan. 

UiTM dalam satu kenyataan memaklumkan, misi perubatan tersebut adalah sebahagian perancangan dan inisiatif KPT-UiTM Prihatin yang turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan Naib Canselor, Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor dalam membantu mangsa bencana banjir yang berlaku baru-baru ini ini.

“Fokus utama misi perubatan Bencana Banjir KPT-UiTM 2021 ini adalah untuk memberikan bantuan kepada mangsa terkesan bagi mendapatkan khidmat pemeriksaan seperti rawatan luka dan jangkitan ringan, pemeriksaan penyakit kronik, pemeriksaan kesihatan dan juga pemberian ubatan biasa.

“Misi perubatan ini disertai pakar dari Fakulti Perubatan dan Hospital UiTM dalam pelbagai bidang terdiri daripada Pakar Psikiatri, Pegawai Perubatan (Primary Care Medicine Medical Officers), Pakar Pediatrik, Paramedik, dan 16 jururawat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya