Kluster pendidikan di Melaka 'kian parah' - Utusan Malaysia

Kluster pendidikan di Melaka ‘kian parah’

SMKA Sharifah Rodziah, Melaka merekodkan 74 kes baharu lalu mencetuskan Kluster Jalan Telok Mas. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kluster pendidikan di negeri ini tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif, sebaliknya kes terus meningkat dengan kini seramai 335 pelajar dan guru dijangkiti Covid-19. 

Pengarah Kesihatan Melaka, Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata, sehingga semalam tiga lagi kluster baharu turut diisytiharkan membabitkan sebanyak 74 kes di tiga institusi pendidikan. 

Jelasnya, institusi terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah, Sekolah Tahfiz Pusat Bimbingan Al Islah dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA. 

“Sehingga semalam kita merekodkan 74 lagi kes baharu iaitu 24 jangkitan di SMKA Sharifah Rodziah, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (31 kes) dan Pusat Bimbingan Al Islah (19 kes).  Ketiga-tiga institusi ini diisytiharkan sebagai Kluster Jalan Telok Mas, Kluster Paya Lebar dan Kluster Jalan Sungai Air Hitam,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, peningkatan kes itu sekali gus merekodkan jumlah kluster pendidikan yang aktif di negeri ini adalah sebanyak tujuh kluster dengan jumlah keseluruhan kes seramai 334 orang membabitkan guru dan pelajar. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, ketiga-tiga institusi yang dijangkiti wabak itu telah diarahkan tutup selama tujuh hingga 10 hari bermula Jumaat lalu bagi mengawal penularan jangkitan. 

“Guru dan pelajar yang positif telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh. Ketiga-tiga sekolah juga ditutup dan dipantau rapi oleh Pejabat Daerah Kesihatan (PKD),” katanya.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya