Kluster aktif Covid-19 lepasi 300  - Utusan Malaysia

Kluster aktif Covid-19 lepasi 300 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kluster aktif Covid-19 terus merekodkan pertambahan sehingga 301 kluster berbanding semalam, 291 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, malah jumlah kluster Covid-19 baharu menunjukkan peningkatan mendadak apabila mencatatkan 14 kluster berbanding semalam, lima kluster. 

“Ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,413 kluster. Jumlah kluster tamat sebanyak 6,112 kluster berbanding semalam, 6,108 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sebanyak 4,915 kes positif menunjukkan penurunan berbanding semalam, 5,139 kes sekali gus mengatasi 3,056 kes sembuh.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan penurunan iaitu 65 kes berbanding semalam, 69 kes.Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pula merekodkan sedikit peningkatan, 120 kes berbanding semalam, 119 kes,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan penurunan iaitu lima kes berbanding semalam, 12 kes.  Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), tiga kes daripada lima kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,441 kes. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya