KL Thunder tebus maruah selaku juara bertahan - Utusan Malaysia

KL Thunder tebus maruah selaku juara bertahan

APIT kanan Perak Bison, Amiral Ramadhan melakukan hadangan dalam aksi Liga Premier menentang Kuala Lumpur Thunder, pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw 2021/22, di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini. UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) Thunder akhirnya beroleh kemenangan selepas dua kali ditimpa kekalahan, apabila menundukkan Perak Bison dalam perlawanan yang diheret sehingga ke set penentuan dalam saingan Liga Premier pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.

Dalam aksi set pertama, KL Thunder yang diperkuatkan rata-rata pemain kebangsaan dipaksa berhempas pulas sebelum beroleh kemenangan 25-24.

Bagaimanapun, dalam set kedua, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan skuad ibu kota itu, menyaksikan mereka kecundang 13-21 setelah Perak Bison bangkit menghadirkan tentangan sengit.

Permainan yang disambung set ketiga akhirnya berpihak kepada KL Thunder menerusi kemenangan 21-16 walaupun Perak cuba memberi cabaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya