'Ketat, sendat, tudung singkat', ganggu pelajar lelaki yang sudah baligh - Utusan Malaysia

‘Ketat, sendat, tudung singkat’, ganggu pelajar lelaki yang sudah baligh

USTAZAH ASMA' HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun dalam rakaman ceramah ‘Guru: Antara Kerjaya dan Keluarga’ yang banyak dikongsi di media sosial TikTok baru-baru ini menegur guru atau pendidik wanita yang pergi mengajar di sekolah persis gaya seorang model.

Berpakaian ketat, sendat selain tudung singkat antara yang diperhatikannya dan menegur supaya guru terbabit berubah.

Malah beliau turut menegur guru wanita yang hadir ke sekolah dengan solekan yang tebal.

Menurutnya, dengan gaya yang sedemikian, ia bukan sahaja menjatuhkan maruah guru selain turut ‘mengganggu’ pelajar lelaki yang sudah baligh.

“Guru perlu jadi contoh yang baik buat anak-anak. Minta maaf kalau saya sebut. Saya malu sangat bila pergi ceramah di sekolah-sekolah dan saya tengok pakaian guru perempuan yang sebenarnya menjatuhkan maruah guru itu sendiri.

“Cara pemakaian bukan sahaja dipandang sebagai tidak elok malah ia boleh membuatkan pelajar kurang fokus dari awal hingga habis sesi pembelajaran kerana terganggu melihat ‘perkara’ yang tidak sepatutnya.

“Lepas tu kan saya beri ceramah pada anak-anak murid, saya baca komen-komen nakal pelajar lelaki kalau pergi ceramah di sekolah menengah, anak murid mengatakan yang mereka terganggu. Cikgu yang mengajar itu pula berpakaian menjolok mata,” katanya.

Untuk itu, beliau menasihatkan para guru supaya hadir ke sekolah dan mengenakan pakaian yang mematuhi syariat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya