Kes jenayah seksual kanak-kanak meningkat - Utusan Malaysia

Kes jenayah seksual kanak-kanak meningkat

TENGKU MAIMUN TUAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempoh pandemik Covid-19 menyaksikan peningkatan statistik membabitkan kes kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, hal ini kerana antara 2020 dan 2021 menyaksikan peningkatan pendaftaran kes itu sebanyak 42 peratus.

Sehubungan itu, beliau berkat,  peningkatan mendadak itu adalah masalah serius dan menyebabkan pihaknya telah mengadakan dialog bersama badan Eksekutif mengenai mewujudkan lebih banyak mahkamah jenayah seksual kanak-kanak.

“Ini akan melibatkan pertambahan bilangan jawatan yang diperuntukkan kepada Badan Kehakiman untuk mendengar kes.

“Kami berharap langkah ini membantu mengurangkan bilangan itu (jumlah kes),” katanya dalam ucapan Pembukaan Tahun Perundangan 2022 di Istana Kehakiman, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Maimun berkata, bilangan pendaftaran kes rasuah dilaporkan antara 2017 dan 2021 tidak konsisten apabila ada tahun merekodkan jumlah kes yang banyak.

Bagaimanapun, katanya, jumlah kes antara 2020 dan 2021 menunjukkan sedikit peningkatan.

“Memandangkan rasuah penyakit dalam masyarakat, jadi ini adalah penting untuk dipantau dengan teliti kerana ia menjadi kayu pengukur imej negara di peringkat domestik dan antarabangsa,” katanya.

Pada masa sama, Tengku Maimun memberitahu, jumlah kes keluarga menurun sebanyak 13.2 peratus pada 2021 berbanding tahun sebelumnya.

“Bagaimanapun fakta ini tidak mencerminkan jumlah sebenar kes sewaktu pandemik dilaporkan oleh media,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya