Kes dadah Ismahalil dipindah ke Mahkamah Tinggi - Utusan Malaysia

Kes dadah Ismahalil dipindah ke Mahkamah Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini memindahkan kes penyampai radio, Ismahalil Hamzah yang berdepan pertuduhan mengedar dadah, ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Majistret Wong Chai Sia memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Phulrani Kaur yang turut memaklumkan laporan kimia berkaitan kes itu telah diperolehi.

Bagaimanapun tarikh bagi sebutan kes dan prosiding seterusnya di Mahkamah Tinggi masih belum ditetapkan.

Mengikut pertuduhan, Ismahalil, 48, didakwa mengedar dadah jenis Kanabis anggaran berat 409 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, di sini pukul 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah  Berbahaya 1952 dan boleh dihukum  di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kes dadah itu dipindah dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi berikutan hukuman bagi pertuduhan tersebut adalah hukuman gantung sampai mati.

Sejurus selepas prosiding, peguam Adi Zulkarnain Zulkafli ketika ditanya berhubung kandungan laporan kimia itu berkata, berat dadah berkurangan daripada 409 gram seperti dalam pertuduhan kepada 374.6 gram, namun pertuduhan terhadapnya masih kekal di bawah Seksyen 39B.

Turut hadir dalam prosiding itu, isteri Ismahalil, Nor Haslinda Abdul Manaf, 48 dan anak-anaknya.

Peguam itu sebelum ini memaklumkan, anak guamnya sihat dan diberikan kerja dalam penjara selain tiada aduan berkaitan kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya