Kes Covid-19 kembali lepasi paras 5,000 - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 kembali lepasi paras 5,000

SUKARELAWAN membantu orang ramai yang hadir mendapatkan suntikan dos penggalak Vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Varian Omicron terus mendorong penularan jangkitan Covid-19 yang melonjak sehingga 5,439 kes semalam.

Jangkitan baharu itu adalah yang tertinggi dalam tempoh 49 hari iaitu sejak awal Disember lalu.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, berdasarkan perkembangan terbaharu itu, jumlah kumulatif Covid-19 dalam negara adalah sebanyak 2,850,408 kes.

Terdahulu, menerusi satu ciapan di laman Twitter kelmarin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan gelombang Omicron telah bermula di Malaysia.

“Kes akan meningkat namun masih terkawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi. Sistem kesihatan juga sudah bersiap siaga. Kes serius semakin berkurang jadi sama-sama kita boleh mengatasi gelombang ini. Pakai pelitup muka, amalkan ujian, lapor, mengasingkan, memaklumkan dan mencari (TRIIS) dan ambil suntikan penggalak,” katanya.

Kali terakhir Malaysia mencatatkan lebih 5,000 kes adalah pada 10 Disember tahun lalu dan kes mulai terkawal serta menurun sejak tarikh itu.

Sekitar Oktober tahun lalu, Malaysia tidak terkecuali daripada mengalami gelombang ketiga wabak Covid-19 disebabkan penularan varian Delta namun kecekapan Kementerian Kesihatan melandaikan lekuk wabak itu.

Kementerian itu telah mengesan kes pertama varian Omicron di negara ini yang melibatkan seorang pelajar warga asing berusia 19 tahun pada 21 November lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya