Kerajaan prihatin kenaikan harga barang - PM - Utusan Malaysia

Kerajaan prihatin kenaikan harga barang – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan amat prihatin tentang kenaikan harga barang pada masa ini.

Untuk itu, Perdana Menteri berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan terperinci.

“Kerajaan komited memastikan isu ini segera ditangani demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) semalam menjangkakan semua barang tanpa mengira jenis akan mengalami kenaikan harga luar biasa selepas sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan.

Perkara itu dibangkitkan Presiden DPMM, Abd. Halim Husin yang memberitahu, kenaikan harga barangan itu didorong lonjakan kos pengangkutan lebih sekali ganda selepas bencana banjir khususnya di Lembah Klang pada Disember lalu.

Dengan kenaikan mendadak itu, pihaknya menjangkakan harga barangan juga akan naik bagi memastikan pengeluar masih mendapat keuntungan daripada penjualan barangan selepas kawasan Shah Alam terjejas teruk banjir baru-baru ini yang merupakan antara kawasan pengeluar terbesar di Malaysia.

Justeru, mereka terkesan dengan bencana itu pasti akan menaikkan harga selepas situasi banjir.

Susulan itu, DPMM meminta kerajaan mengambil tindakan proaktif bagi mengawal harga barangan daripada pengeluar dan pengguna supaya lebih berpatutan.

Media sebelum ini melaporkan, tekanan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barang, makanan dan perkhidmatan asas terus membelenggu kebanyakan rakyat sejak negara dilanda wabak Covid-19.

Kenaikan harga bukan sahaja melibatkan barangan runcit tetapi ‘merebak’ kepada harga makanan asas seperti ayam mentah dan sayur-sayuran.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF), Tukiman Radion turut berharap kerajaan dapat memantau kenaikan harga atau menetapkan harga siling untuk bahan binaan asas bagi membantu kontraktor kecil yang terbeban dengan kenaikan harga terus melambung sejak kebelakangan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya