Kerajaan perlu bertanggungjawab keselamatan setiap nyawa, tangguh dos penggalak - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu bertanggungjawab keselamatan setiap nyawa, tangguh dos penggalak

MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan setiap nyawa yang mengalami kesan buruk selepas menerima dos penggalak atau dos ketiga vaksin Covid-19.

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, pihak berkuasa tidak seharusnya menafikan kesan mudarat serius yang menimpa orang ramai susulan mengambil dos penggalak itu.

Dalam masa sama, beliau juga mencadangkan penangguhan pemberian dos ketiga sehingga dikeluarkan garis panduan jelas mengenai siapa yang tidak wajar mengambil dos penggalak itu.

Katanya, beliau tidak menafikan peranan vaksin sebelum ini telah mengurangkan penularan wabak Covid-19 dan mereka yang mengalami kesan buruk adalah golongan minoriti tetapi kerajaan harus bertanggungjawab terhadap keselamatan setiap nyawa.

“Banyak aduan tentang kesan yang serius selepas dos ketiga. Ia bukan kisah dongeng tapi memang ramai yang mengalami atau melihat sahabat atau ahli keluarga mereka alami. Tidak guna untuk menafikan.

“Benar, majoriti yang ambil tiada masalah. Saya dah ambil dos ketiga, tiada masalah. Ibu saya pun ambil, tiada masalah. Alhamdulillah.

“Namun ramai juga yang datang jumpa saya cerita kesan yang mereka alami. Ada mendakwa kematian berlaku mengejut selepas dos ketiga. Oleh kerana mereka orang kampung, mereka tiada saluran aduan rasmi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, Mohd. Asri menggesa Kementerian Kesihatan memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai.

Saranan tersebut dibuat Mohd. Asri dalam satu status di laman Instagram beliau, berikutan bapanya yang mula mengalami gejala muntah serta menjadi sangat lemah selepas menerima dos ketiga vaksin Covid-19 dan kini sudah lebih seminggu berada di hospital.

Menurut Mohd. Asri, bapanya terkena sekali lagi strok di bahagian yang sensitif di kepala dan puncanya masih belum jelas.

Tambah Mohd. Asri,  Kementerian Kesihatan wajar menangguhkan pemberian dos penggalak kerana dibimbangi mempunyai kesan yang serius terhadap kesihatan.

Katanya, penangguhan berkenaan perlu mengambil kira satu kenyataan jelas terhadap siapa atau golongan mana yang sebenarnya tidak wajar mengambil dos berkenaan.

State of denial (berada dalam penafian) tidak berfaedah jika masyarakat melihat realiti sebenar di hadapan mata mereka. Biar ada panduan jelas siapa yang layak dan siapa tidak layak ambil dos ketiga ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya