Kerajaan Kedah janji sedia tapak baharu kepada 30 keluarga

Kerajaan Kedah janji sedia tapak baharu kepada 30 keluarga

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri berjanji menyediakan tapak baharu di tanah milik kerajaan kepada seramai 30 keluarga di Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar di Jalan Lencongan Barat, Sungai Petani dekat sini yang diarah mengosongkan rumah masing-masing oleh pihak mahkamah selewat-lewatnya esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, beliau telah meminta Pegawai Daerah Kuala Muda, Datuk Abdullah Hashim untuk mencari lokasi tanah kerajaan bersesuaian bagi membantu keluarga yang terkesan dengan perintah mahkamah tersebut.

“Pegawai Daerah serta pegawai-pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda sedang berikhtiar. Saya berharap mereka dapat menemukan apa yang diperlukan untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

“Semoga ada sinar yang secara untuk semua. Namun sementara proses itu diselesaikan, penduduk perlu berikhtiar mencari rumah sewa sendiri atau penempatan sementara yang ada di sekitar mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan seramai 30 keluarga itu hilang tempat tinggal selepas menerima notis Mahkamah Tinggi Alor Setar supaya mengosongkan tanah didiami selewat-lewatnya 3 Januari depan.

Notis tersebut dikeluarkan pada 19 Disember lalu setelah tanah yang mereka diami lebih 40 tahun dengan keluasan 44.2 hektar itu dikatakan menjadi milik seorang individu bergelar datuk.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi menjelaskan, ketika ini kerajaan negeri tidak tidak boleh lagi campur tangan berhubung isu dihadapi penduduk memandangkan Mahkamah Tinggi Alor Setar telah membuat penghakiman.

Selain itu, beliau juga turut menempelak bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang gagal membantu penduduk terlibat sebelum ini.

“Menteri Besar pada 2014 ada berjanji mahu membantu tetapi tidak ada tindakan selama beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya