Kerajaan disaran bina sistem aliran air bawah tanah dari empangan - Utusan Malaysia

Kerajaan disaran bina sistem aliran air bawah tanah dari empangan

DERBAR Raja Husaini Derbar Raja Yaacob
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kerajaan disaran mewujudkan sistem aliran air bawah tanah atau terowong dari empangan untuk mengelakkan berlaku banjir yang serius di kawasan kampung dan bandar sekiranya berlaku limpahan air dari empangan tersebut.

Seorang pakar dalam bidang pengurusan industri dan kejuruteraan awam, Derbar Raja Husaini Derbar Raja Yaacob berkata, sistem tersebut merupakan langkah terbaik untuk memastikan limpahan air dari empangan dapat dikawal dan dilepas terus ke laut dan kawasan-kawasan lain yang lebih selamat.

Menurutnya, beliau berpendapat sistem tersebut perlu dibangunkan segera terutama di empangan yang berisiko berlaku limpahan sekiranya hujan lebat yang luar biasa.

Malah, katanya, semua empangan baharu yang bakal dibina selepas ini juga perlu dilengkapi awal dengan sistem tersebut.

“Saya dapati sistem aliran air bawah tanah yang dibina Jepun sangat berkesan daripada bencana alam,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam kejadian banjir di Selangor baru-baru ini, difahamkan beberapa empangan di Selangor terpaksa dilepaskan air secara berperingkat setelah paras air melepasi tahap bahaya selepas hujan lebat.

Keadaan tersebut dipercayai menyebabkan berlaku banjir besar di beberapa kawasan di Selangor.

Derbar Raja Husaini yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Derbar Raja berkata,
lepasan air dari empangan tersebut dipercayai menjadi antara penyumbang berlakunya bencana banjir lebih serius di beberapa kawasan di negeri itu.

“Berdasarkan penelitian saya, hujan yang lebat boleh menyebabkan banjir hanya 40 peratus sahaja, tetapi, sebaliknya pelepasan air dari empangan pula menyumbang 60 peratus berlakunya banjir lebih buruk,” ujarnya.

Tambah beliau, pembinaan sistem tersebut juga dapat mengelakan kerugian dan kerosakan harta benda yang lebih besar serta menjamin keselamatan penduduk menerusi sistem tersebut.

“Kerajaan boleh menyediakan peruntukan yang besar untuk membangunkan sistem sistem aliran air bawah tanah itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menambah, kerajaan juga dapat memanfaatkan sistem aliran air bawah tanah itu sebagai alternatif untuk menjana kuasa elektrik.

“Air yang deras dalam sistem tersebut mampu menjana kuasa elektrik seterusnya dapat membantu menambah bekalan elektrik di kawasan berdekatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya