PETALING JAYA: Malaysia sebagai sebuah tanah yang penuh keharmonian dan silang budaya serta rakyatnya saling hormat menghormati di samping kepelbagaian bangsa, agama dan budaya berkenaan menjadi sumber kekuatan Keluarga Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan selamat menyambut Thaipusam kepada masyarakat India beragama Hindu dan menyeru agar perayaan itu disambut dengan penuh pengertian mendalam bersama keluarga tersayang.
“Esok masyarakat India beragama Hindu akan menyambut perayaan Thaipusam. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam buat seluruh penganut Hindu di Malaysia.
“Sambutlah perayaan ini dengan penuh pengertian yang mendalam, di samping menyambutnya bersama keluarga yang tersayang. Terapkan perayaan dengan amalan norma baharu, untuk keselamatan diri kita, keluarga dan masyarakat kita. Selamat menyambut Hari Thaipusam,” katanya dalam hantaran Facebook beliau. – UTUSAN ONLINE