Kenyataan Hadi Awang hanya pendapat, tidak bersandar fakta

Kenyataan Hadi Awang hanya pendapat, tidak bersandar fakta

ANNUAR Musa (kanan) ketika ditemu bual juruhebah Johor.fm di konti radio RTM Johor, di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kenyataan dibuat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan kerana mengikut kehendak ‘kluster mahkamah’ tidak bersandarkan fakta.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan dibuat kepemimpinan tertinggi Pas itu hanyalah satu pandangan yang berdasarkan sumber maklumat tidak sahih.

Katanya, keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu juga bukan dibuat atas kehendak peribadi Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

“Kenyataan bahawa PRN Johor dibuat adalah kerana kluster mahkamah adalah tidak tepat, saya sendiri duduk dengan kepemimpinan parti dan kita semua menghormati keputusan dibuat Menteri Besar Johor dan juga menjunjung kasih perkenan Sultan Johor.

“Menteri Besar tidak buat keputusan itu secara sendirian, beliau sudah membuat perundingan dengan anggota kerajaan di peringkat pusat dan negeri, saya percaya pertimbangan mendalam telah dibuat.

“Jadi mustahil dakwaan bahawa pelaksanaan PRN Johor ini hanyalah semata-mata kerana kluster mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program temu bual bersama radio Johor.fm di pejabat RTM Johor, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya