Kemarau sejak sebulan lalu, beberapa kawasan di Kedah hujan lebat - Utusan Malaysia

Kemarau sejak sebulan lalu, beberapa kawasan di Kedah hujan lebat

TANGKAP layar dari rakaman video hujan di Kampung Mengkuang Masjid, Kuala Pegang, Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Hujan lebat dilaporkan di beberapa kawasan di sekitar Bandar Baharu, Kulim dan Baling dekat sini setelah kemarau sejak sebulan lalu.

Dalam tempoh tersebut, tiada hujan direkodkan dan cuaca panas di daerah berkenaan.

Seorang penduduk di Batu 16 Serdang, Bandar Baharu, Syaharul Nizam Abu, 40, berkata, hujan berlaku di beberapa kawasan di Bandar Baharu kira-kira pukul 5.15 petang.

Menurutnya, sebelum itu hujan juga lebat di Kulim kira-kira pukul 3 petang.

“Penduduk merasa lega setelah kemarau agak panjang dan hujan semula petang ini,” katanya di sini hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporan cuacanya hari ini berkata, keadaan cuaca bagi beberapa kawasan di lapan negeri seperti Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dilaporkan mengalami hujan lebat serta ribut petir petang ini.

Pada 21 Julai lalu, Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, Kedah kini berada di fasa kedua Monsun Timur Laut iaitu secara amnya negeri di bahagian utara Semenanjung akan mengalami kering sedikit.

Menurut beliau, catatan suhu tertinggi setakat ni direkodkan di Stesen Charok Padang, Sik pada Sabtu lalu dengan bacaan 35.3 darjah Celcius.

Sementara itu, seorang penduduk di Kampung Mengkuang Masjid, Kuala Pegang, Baling, Mansor Osman, 50, berkata, hujan lebat di beberapa kampung di daerah Baling kira-kira sejam mulai pukul 5 petang ini.

“Sudah berminggu-minggu panas, Alhamdulillah, ada rahmatnya, hujan lebat petang ini,” jelasnya. 

Sementara itu, Norizan Din, 46, dari Pekan Baru, Baling pula berkata, sudah dua hari hujan di kawasan ini bermula sejak semalam.

“Nampaknya keadaan cuaca di sini bertambah baik bila hujan di waktu petang.

“Hari ini hujan lagi mulai pukul 5 petang hingga 6.30 petang dan semalam hujan pukul 4 petang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya