Kelantan Warriors berhempas pulas sebelum menang - Utusan Malaysia

Kelantan Warriors berhempas pulas sebelum menang

APIT kanan Kelantan Warriors, Wan Naim Imani (dua dari kiri), membuat libasan pada perlawanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw menentang Perak Bison, di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini. - UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kelantan Warriors terpaksa bekerja keras sebelum mengatasi Perak Bison dalam aksi sulung Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Pasukan dari pantai timur itu dibarisi Wan Naim Izani, Aidil Aiman dan Zulkifli Razak selaku tekong ternyata berjaya menewaskan Juara Premier 2019 itu dengan keputusan 9-21, 21-14, 21-17.

Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan tekong, Zulkifli Razak atau lebih terkenal dengan julukan Sobey dimanfaatkan oleh Perak Bison untuk memenangi di set pertama.

Tersentak dengan kekalahan itu, Kelantan Warriors bangkit untuk menewaskan Perak Bison di set kedua dan di set penentuan bagi mengutip kemenangan pertama musim ini.

Kelantan Warriors akan berdepan cabaran sukar apabila bertemu pencabar utama STL kali ini, Johor Tigris pada pukul 8 malam esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya