Kedai kacang putih terkenal di Buntong musnah terbakar - Utusan Malaysia

Kedai kacang putih terkenal di Buntong musnah terbakar

KEADAAN kilang kacang putih yang terbakar di Buntong, Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebuah kedai memproses kacang putih yang terkenal di Kampung Kacang Putih, Buntong di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Sebuah rumah dua tingkat yang terletak bersebelahan kedai tersebut turut rosak selain sebuah motosikal dan van.

Kebakaran tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada pukul 1.08 pagi.

Menurutnya, anggota bomba membuat pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos 200 kaki dan tiga pancutan bersumberkan air pili bomba sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Selain anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, operasi pemadaman dibantu anggota dari BBP Meru Raya, BBP Pasir Puteh dan Jentera Tangki Air BBP Simpang Pulai.

“Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pasir Pinji, PBS Menglembu dan PBS Pekan Baru turut membantu operasi,” katanya.

Menurutnya, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan Khairuddin Hussin tamat pada pukul 4.15 pagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya