Kebenaran poligami: Khalid serah banglo, penthouse - Utusan Malaysia

Kebenaran poligami: Khalid serah banglo, penthouse

KHALID ABD. SAMAD dan DR. ZAITON ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah semalam membenarkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad berpoligami selepas beliau bersetuju menunaikan hak-hak isterinya, Dr. Zaiton Abu Bakar.

Keputusan itu dibuat Hakim Abdul Halim Abdullah yang membenarkan permohonan pembelaan daripada Zaiton untuk membuat penyelesaian secara baik dengan suaminya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam di hadapan beliau.

Menurut peguam yang mewakili Zaiton dari Tetuan Asri Musa & Co, Nurfarhana Abd. Manaf, anak guamnya itu mengarahkan untuk berbincang secara baik dengan Khalid bagi memastikan hak-hak sebagai isteri pertama ditunaikan.

“Kita sudah buat satu perjanjian persetujuan Khalid dengan defendan antaranya adalah nafkah isteri direkod dan diputuskan di hadapan hakim.

“Khalid sebagai plaintif bersetuju hendak memberikan sebuah rumah banglo diduduki mereka sekarang beserta sebuah penthouse yang mana kedua-duanya terletak di Shah Alam ditukar kepada Zaiton.

“Kemudian beliau juga bersetuju memberikan sebuah kereta yang sedang digunakan iaitu Proton X70 selain tambahan elaun iaitu kad kredit kepada defendan. Selain itu dalam perjanjian tersebut turut direkodkan nafkah bakal isteri yang akan diberikan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya, pertukaran nama terhadap hartanah dan kereta ke atas nama Zaiton akan dilakukan sebaik sahaja bayaran sewa beli dan ansuran diselesaikan.

Pada 8 Disember lalu, Zaiton memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap permohonan poligami oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah sebelum Pendaftar Mahkamah, Norbyetty Mohd Nasir membenarkannya dan menetapkan sebutan semula pada 20 Disember lalu.

Sementara itu, Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai keputusan mahkamah dan menolak hal peribadinya perlu dikaitkan dengan pendiriannya dalam parti.

“Itu isu peribadi, tak perlu hendak diheboh-hebohkan, saya cuma ikut peraturan sahaja. Cadangan saya kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan undang-undang, ikut peraturan.

“Itu benda peribadi, tak perlulah diulas. Isu lain saya boleh ulas, tetapi isu ini adalah hal peribadi saya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya