Keadaan banjir di Johor makin teruk, 5,479 mangsa banjir di 78 PPS - Utusan Malaysia

Keadaan banjir di Johor makin teruk, 5,479 mangsa banjir di 78 PPS

KEDIAMAN salah sebuah rumah mangsa banjir, Maheran Adon yang dinaiki air sehingga paras lutut di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat di Johor. -UTUSAN/FARAHWAHIDA AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini semakin teruk apabila jumlah mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat kepada seramai 5,479 orang, pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu terdiri daripada 1,486 buah keluarga.

Menurut beliau, daerah yang terjejas akibat banjir di negeri ini ketika ini adalah Segamat, Tangkak, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Muar dan Batu Pahat.

“Setakat ini, kesemua mangsa ditempatkan di 78 buah PPS yang telah dibuka di tujuh buah daerah berkenaan.

“Segamat kekal daerah paling teruk terjejas akibat banjir dengan seramai 4,016 mangsa direkodkan, diikuti Mersing (548 mangsa), Tangkak (434 mangsa) dan Kota Tinggi (210 mangsa),” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Vidyananthan, ramalan kaji cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan Johor dengan tahap Amaran Hujan Berterusan Buruk bagi seluruh negeri untuk hari ini.

“Sementara itu, status notifikasi bacaan sungai menunjukkan empat sungai di Segamat dalam status bahaya manakala satu sungai di Tangkak dalam status sama.

“Sungai tersebut adalah Sungai Muar di Kampung Awat dan Sungai Muar di Buloh Kasap, Sungai Segamat di Bandar Segamat, Sungai Lenik di Ladang Chaah dan Sungai Kesang di Tangkak,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya